Grafologi (analisis tulisan tangan) adalah hasil penelitian untuk menggambarkan keperibadian seseorang melalui tulisan tangannya. Kelebihan grafologi apabila dimanfaatkan dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri, kerjaya, perniagaan, keluarga, pasangan dan juga forensik.
Banyak negara di Eropah menggunakan analisis tulisan tangan sebagai alat dalam pemilihan pekerja. Melalui Wallstreet Journal, di Eropah, 80% organisasi menggunakan analisis tulisan tangan dalam pemilihan pekerja. Manakala di Indonesia sudah menggunakan grafologi seperti Universitas Islam Bandung, Paragon Technology, Wardah Inspiring Beauty, Kepolisian Negara Republik Indonesia dan banyak lagi. Di Malaysia pula grafologi masih baru dan belum diperluaskan lagi penggunaanya.
Dengan tulisan tangan, kita dapat mengetahui ketakutan dalaman atau habit kita yang selama ini mungkin kita tidak sedar. Mungkin kekurangan itulah yang menjadikan kita susah untuk mencapai impian kita.
Dalam webinar ini, Dr Azura akan kongsikan karakter / sifat yang dapat membantu kita mencapai impian. Mungkin ianya dapat membantu meleraikan kekusutan dalam minda anda dan bantu anda capai ‘clarity’ dalam hidup.
BUKU FIZIKAL DAHSYATNYA TULISAN INI MILIK SIAPA
HARGA RM35.90
Hakikatnya, kebanyakan kita tidak memahami orang di sekeliling kita. Hatta suami/isteri yang telah berumah tangga lebih 10 tahun pun kita masih lagi tidak faham perangai dan karakter masing-masing.
Ini menyebabkan banyak masalah komunikasi kita.
Tapi, bagaimana nak mengenal seseorang itu secara mudah, cepat dan tepat?
Senang sahaja! Dengan hanya menganalisa tulisan tangan mereka, kita dapat tahu karakter luaran dan dalaman mereka. Dengan memahami orang sekeliling kita, kita dapat hidup dengan lebih bahagia dan lebih merasakan empati terhadap orang-orang sekeliling kita.
BUKU FIZIKAL LOVE TILL JANNAH
HARGA RM35.90
Anda mungkin sudah lama bercinta, namun masih belum masak dengan perangai masing-masing. Atau, anda baru nak memulakan hubungan dengan orang yang anda langsung tak kenal.
Jom lihat tulisan pasangan atau bakal pasangan anda hari ini. Mungkin masih ada rahsia yang belum anda tahu !
BUKU FIZIKAL BE OKAY
HARGA RM35.90
TANDATANGAN MERUPAKAN LOGO ATAU IDENTITI DIRI
Tandatangan sebenarnya umpama diri kita, ia umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita.
Dalam buku ini, akan disingkapkan satu persatu apa yang ada di sebalik tandatangan dan apakah karakter yang wujud di dalam sebuah tandatangan.
Ia mungkin berlawanan dengan apa yang boleh dilihat melalui tulisan tangan.
Maka, tidak hairanlah jika ada yang mengambil sesi Personal Coaching untuk membaiki tandatangannya.
*Termasuk Kos Penghantaran